Thursday, November 17, 2011

Camping Trip (part 1): Taman Negara Pulau Pinang

May, 2010.

        Aku pergi Taman Negara Pulau Pinang ni masa aku kat matrik lagi, idea ni datang masa tengah study dengan member-member ,tiba-tiba terkeluar idea ni.. Aku pon apa lagi, memang nak join la.. Cuti 3 minggu dekat rumah nak buat apa? Baik isi masa tu dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Dah lama tak ber'camping'. Masa zaman sekolah dulu-dulu selalu la jugak join, tapi bila dah habis sekolah, peluang nak ber'camping' pon susah nak dapat. Betul tak?

       Dari Kuala Lumpur nak ke Penang, naik apa yang paling jimat? Student la katakan, mesti nak yang murah je.. Setelah keputusan dibuat,aku naik Keretaapi  Tanah Melayu Berhad. Beli tempat duduk kelas ketiga!! Sehari lepas exam, aku bertolak dari KL Sentral ke Bukit Mertajam. Naik Keretapi Ekspress Senandung Langkawi. RM13 sahaja setelah mendapat diskaun sebab ada KTM student card. Kenapa turun kat Bukit Mertajam? sebab sorang member aku duduk kat Bukit Mertajam, nanti nak gerak sama-sama pagi keesokannnya.

      Sebenarnya ni merupakan pengalaman pertama aku naik keretapi. Excited la jugak. Suasana kat dalam koc kelas ketiga ni bagi aku selesa la jugak. Ada aircond. Tempat duduk keras tu biasa la.. Memang ok la bagi aku, tapi kalau orang yang cerewet, memang tak mampu nak duduk dalam kabin kelas ekonomi tuh berjam-jam lamanya.. Tapi yang tak bestnya, seat aku no 7A dan member aku sorang lagi 7B. So, apa masalahnya? Masalahnya, tempat duduk no 7 dengan 8 untuk kabin kelas ketiga bertentangan. Ada meja kat depan. Kalau seat yang lain tak menghadap satu sama lain. Keretapi malam, mesti la nak tidur, nak tengok pemandangan pon bukannya nampak. Aku tak selesa nak tidur sebab orang yang aku menghadap tu bukan orang yang aku kenal. Kalo nak makan depan dia, takkan nak kasi dia tengok je. Aku pandang dia, dia pandang aku. Kalau perempuan tu tak pe la jugak, ini mamat yang psycho. Nak buat apa? haha. Cara dia berpakaian pon macam budak terbiar la. Kaki pulak, mesti la bersilang kat bawah meja tuh, kalau nak gerak sikit,orang depan  tak selesa pulak, rasa bersalah ganggu orang tidur. Sebagai pengajaran, jangan amik seat nombor 7 atau 8 kalau naik keretapi kelas ekonomi.
Tempat duduk nombor 7 dengan 8 bertentangan, dipisahkan dengan meja.
       Dalam pukul 5.50 pagi, sampai kat stesen keretapi Bukit Mertajam. Aku dengan Apis pon mengurus diri terlebih dahulu dan tunaikan solat fardhu subuh, sementara tunggu member aku Mie(budak Bukit Mertajam)
jemput untuk teruskan agenda pada hari itu.
Stesen keretapi Bukit Mertajam yang nampak "old school'
   
       Kemudian, kami terus ke Butterworth untuk menyeberang ke pulau naik feri.
BERSAMBUNG...