Tuesday, April 26, 2011

Melaka (part 6) : River Cruise Sungai Melaka!!!

     Selepas Solat Maghrib, kami pergi ke Taman Rempah untuk menaiki River Cruise. Tiket untuk seorang dewasa hanya berjumlah RM10 sahaja. Kami dibawa bersiar-siar di sepanjang Sungai Melaka selama lebih kurang 45 minit di atas 'cruise'. Apabila tiba di tempat menunggu, kami diberitahu bahawa 'cruise' yang akan tiba lebih kurang 45 minit lagi. Hal ini kerana, pada hari biasa, 'cruise' akan tiba setiap satu jam. Dengan itu, kami mengambil keputusan untuk mengisi perut kami terlebih dahulu.

Kami makan di sebuah restoran yang berhampiran dengan Taman Rempah.

Restoran Asam Pedas Apple Burger memang terbaik..
      Makanan di restoran ini sungguh sedap. Masakannya masih tersimpan di dalam ingatan kami. Jika berkesempatan untuk ke Melaka, sudah tentu kami akan makan di tempat ini lagi. Jika diberi penilaian, kami memberi empat setengah bintang kepada restoran ini. Menu 'burger'nya juga unik kerana terdapat epal di dalam makanan tersebut. Masing-masing mencuba masakan asam pedas berdasarkan pilihan ikan masing-masing.

     Selepas makan, kami tergesa-gesa ke Taman Rempah semula supaya tidak tertinggal 'cruise' pada jam 9 malam. Kami bernasib baik kerana setibanya kami di sana, 'cruise' baru hendak berlepas. Kami menikmati suasana malam yang sungguh mengasyikkan di atas 'cruise' tersebut.
Masing-masing berasa teruja.
     Persekitaran di sekitar Sungai Melaka begitu indah pada waktu malam. Kami dapat merasakan seolah-olah kami sedang menaiki gondola di Macau. 'Cruise' tersebut melalui Jonker Walk, Clock Tower, Kg. Morten,  Padang Nyiru, Kg. Jawa,Pirate Park dan akhir sekali patah balik di muara Sungai Melaka. Pemandangan di Melaka sungguh mempesonakan pada waktu malam. Kami memikirkan, adakah masih ada malam esok seperti ini?? hehe.. Pada malam tersebut merupakan malam terakhir kami berada di Melaka.


    Kg. Morten merupakan perkampungan orang Melayu. Rumah-rumah di Kg. Morten amat cantik. Pada mulanya, kami tertanya-tanya. Rumah ini berpenghunikah? Mengapa rumah ini dihias cantik sebegini rupa? Rupa-rupanya, berdasarkan informasi oleh seseorang, rumah ini memang dihuni oleh penduduk asal Kg. Morten. Kerajaan membiayai bil elektrik dan air bagi penduduk tersebut supaya penghuninya menghias rumah masing-masing sebagai aset pelancongan. Ciri-ciri tradisional masih lagi dikekalkan.'Spotlight' yang menghala ke setiap rumah di Kg. Morten akan dimatikan pada jam 12 malam. Kami berasa kagum dengan keunikan rumah tradisional yang masih dijaga rapi.

    Hampir jam 10 malam, 'cruise'  kami tiba di Taman Rempah semula.  Pada jam 10 malam, bandar Melaka sudah begitu sunyi bagi kami. Hal ini berbeza jika kami berada di Kuala Lumpur. Selepas itu, kami pulang je tempat penginapan kami untuk menunggu hari esok.

    Pada keesokan harinya pula.....
BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment