Monday, April 25, 2011

Melaka (part 3) : Malam Pertama di Melaka


        Di sebelah malamnya, kami pergi mencari kudapan di pekan Alor Gajah. Perjalanan dari A Famosa Resort ke pekan Alor Gajah hanya mengambil masa lebih kurang 13 minit. Kami makan di sebuah gerai yang terletak berhampiran dengan stesen bas Alor Gajah.




     Disebabkan kelaparan, kami makan makanan yang diminta sehingga licin. Masing-masing makan dengan sungguh berselera. Harga di gerai ini juga agak boleh tahan kerana tidak begitu mahal. Harganya standard dengan harga di gerai-gerai lain di sekitar Kuala Lumpur.

     Sebelum balik, kami dibenarkan membawa pulang kuih muih yang berlebihan oleh tuan gerai. Bak kat orang, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Dengan tidak segan silunya, kami me'napau' kuih muih tersebut untuk dijadikan pencuci mulut kami sebelum tidur nanti. Kami membawa balik kuih donat dan karipap. Karipap yang diberikan sangat sedap.



      Selepas makan, kami singgah ke Cowboy Town yang terletak di dalam kawasan resort kami. Untuk pengetahuan anda, Cowboy town hanya beroperasi pada waktu malam sahaja. Tujuan kami untuk ke Cowboy Town adalah untuk menghabiskan kupon terakhir kami dengan menonton panggung wayang 4D. Kami bernasib baik kerana kedatangan kami disambut dengan persembahan bunga api. Persembahan bunga api yang diadakan sungguh mengasyikkan.



    Dalam Cowboy Town, suasananya sungguh berbeza daripada dunia nyata. Kami tidak merasakan yang kami berada di Malaysia pada ketika itu kerana persekitaran yang menakjubkan. Banyak kedai cenderamata dibuka dalam pekan cowboy tersebut.




       Tiket wayang kami bermula pada jam 10 malam. Sementara tunggu pukul 10 malam, kami bersiar-siar di kawasan setempat.Pilihan cerita wayang 4D pada malam itu hanya mempunyai 2 pilihan. Kami memilih cerita hantu untuk ditonton.


   Kami diarahkan untuk memakai cermin mta hitam yang dibekalkan sebelum masuk ke dewan panggung. Wayang tersebut berjalan selama lebih kurang 15 minit sahaja. Walaubagaimanapun, dengan jangka masa yang sekejap sahaja, hati kami sentiasa berdebar-debar. Kami dapat merasakan secara realiti seolah-olah wayang yang kami saksikan benar-banar berlaku di depan mata kami. Kami dapat merasai angin, gegaran kerusi, dan pancutan air. Sebab itulah dalam gambr dapat dilihat sesetengah di antara kami basah di bahagian baju atau seluar.

Setelah tamat wayang gambar.
Merehatkan diri sebentar




Bersiar-siar di Cowbot Town
Setelah penat bersiar-siar, kami pulang ke tempat penginapan kami.

Aktiviti kami pada keesokan hari pula.....
BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment