Monday, April 25, 2011

Melaka (part 2) : Hari Pertama di Melaka

       Setelah menjamakkan solat Zohor dan Asar di D'Savoy Apartment, kami meneruskan aktiviti kami yang seterusnya.Kami bergegas keluar dari apartment untuk mengejar masa sementara menunggu kedatangan sahabat kami yang seorang lagi. Untuk pengetahuan anda, Percutian kali ini disertai oleh 7 orang. Mereka yang terlibat ialah Adib, Hadi, Syafiq, Luqman, Hafiz, Zuraimi dan seorang lagi Najmi sebagai pemandu pelancong kami sepanjang berada di Melaka. Hal ini kerana rakan kami yang bernama Najmi memang sudah menetap lama di Melaka. Begitulah al-kisahnya...

 Tidak berapa lama selepas kami turun dari apartment, Najmi pun sampai dengan kereta 'UNSER'.

      Kami menaiki buggy yang telah disediakan oleh pihak resort untuk ke Famosa Water World ini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari tempat penginapan kami. Kawasan A Famosa Resort ini sungguh luas.

      Apabila tiba di kaunter tiket, kami hanya perlu menebus kupon yang telah dibeli semasa di MATTA fair yang lalu.Dengan itu, kami dapat berjimat sebaik mungkin. Harga yang kami bayar semasa promosi jauh berbeza dari harga asal yang perlu kami bayar. Sebab itulah kami tidak teragak-agak untuk merebut peluang menikmati pakej yang ditawarkan.

    Aktiviti pertama yang kami lakukan semasa di Famosa Water World ialah bermain water games. Aktiviti 'Water Games' ini sebenarnya diadakan khas untuk penayangan dalam sebuah program televisyen milik kerajaan. Anda boleh saksikan halangan yang begitu mencabar dalam rancangan 'Splash Water Games' yang disiarkan di rtm2 pada jam 6 petang. 
Keselamatan amat dititikberatkan kerana aktiviti ini amat mencabar.

    Satu demi satu halangan kami lalui. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan jangan bersedih bagi yang kecundang. Peserta terbaik bagi kumpulan kami ialah Najmi. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana berjaya ke halangan yang paling jauh walaupun mengambil masa yang agak panjang.

     Selepas itu, kami mencuba papan gelungsur yang tidak kurang mencabar juga yang terdapat di sana. Kami mencuba papan gelungsur yang tertinggi dan tercuram di sana. Kami berasa seperti jantung kami berhenti sebentar ketika menaiki papan gelungsur tersebut. Masing-masing hanya mencuba sekali sahaja untuk menaiki papan gelungsur tersebut kerana tidak sanggup untuk mengharunginya sekali lagi. Atas faktor keselamatan juga, kami tidak mencuba lagi papan gelungsur itu. Salah seorang sahabat kami telah mendapat kecederaan ketika menaiki gelungsiur tersebut akibat melecet. Untuk pengetahuan anda, anda akan merasai diri anda tercampak dari landasan gelungsur sebentar semasa menuruni gelungsur tersebut.

      Kemudian, kami mencuba gelungsur yang agak panjang dan berbelok-belok ini pula. Walaupun papan gelungsur ini mencabar, kami tidak serik-serik untuk mengulanginya berkali-kali. Papan gelungsur yang putih itu, mula-mula anda akan berasa seronok semasa menuruni gelongsor tersebut, tetapi awas kerana apabila daya semakin tinggi, lama-kelamaan badan anda akan hampir terkeluar dari landasan yang dihadkan.Maksud saya, apabila papan gelungsur itu membelok, kadang-kadang punggung anda akan terkeluar sedikit daripada papan penghadang tersebut.
      Bagi papan gelungsur hijau pula, airnya sangat laju. Walaubagaimanapun, anda akan berasa selamat di dalamnya kerana papan gelungsur itu ditutupi keseluruhannya. Yang menariknya, anda akan merasai 'centripetal force' yang dahsyat apabila mecuba gelungsur ini. Pada awalnya, 'gravitational potential' begitu tinggi semasa di atas, lama-kelamaan ' kinetic energy' pula bertambah dan 'gravitational potential' berkurangan. Anda akan merasai anda ditolak ke tepi kerana terdapat beberapa bulatan di kawasan tersebut. Gelungsur ini paling menarik bagi kami kerana kami tidak pernah mersainya di tempat lain.
  
     Setelah penat bermain gelungsur, kami bermandi manda pula di kolam yang mempunyai ombak buatan. Ombak buatan ini bukanlah dipasang sepanjang masa. Pada permulaannya, kami tidak tahu ini merupakan kolam yang mempunyai ombak buatan kerana ombak tidak dipasang ketika itu. Kami pun bermain dengan air sepuas-puasnya sehingga ke tempat yang paling dalam.

      Tidak lama kemudian, kami terdengar bunyi siren. Lantas dengan itu, ombak yang agak tinggi di kawasan yang dalam tiba-tiba muncul. Kami pun dengan menggelabahnya beredar ke tempat yang cetek. Itulah pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh kami.

   Apabila jarum jam hampir menunjukkan pukul 7, kami pun beredar dari tempat ini. Kami menukar pakaian di tempat persalinan yang disediakan.


Semasa keluar dari Taman Tema Air.

Menaiki 'buggy' untuk pulang ke tempat penginapan.

Pemandangan yang mempesonakan sementara menunggu rakan-rakan yang lain mengurus diri.

Di sebelah malamnya pula........
BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment