Sunday, April 24, 2011

Melaka (part 1) : Perjalanan yang mencabar ke Famosa Resort



         Tanggal 11 April 2011, Peperiksaan Hujung Semester baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari yang lepas bagi pelajar Tahun Asas dalam bidang Kejuruteraan. Dengan itu, destinasi yang dipilih untuk Program Rehat Minda bagi semester ini telah mendapat kata sepakat iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah. Para pelajar telah berhempas pulas selama berminggu-minggu lamanya untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajaran., kini telah tiba masanya segala tekanan yang diterima perlu dileraikan.

         Sebenarnya, destinasi awal kami ialah Pulau Pangkor. Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, destinasi Program Rehat Minda kami ditukar ke Melaka kerana promosi yang begitu hebat diberikan di MATTA fair yang lepas.



         Kami bertolak dari Terminal Gombak ke stesen Masjid Jamek dengan menaiki PUTRA LRT. Kemudian transit ke Stesen Bandar Tasik Selatan untuk menaiki bas ke Melaka. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja untuk tiba ke Terminal Bersepadu Selatan(TBS) - Bandar Tasik Selatan(BTS) dari Terminal Gombak. Kemudian  kami membeli tiket bas ke Melaka Sentral. Sepatutnya kami perlu turun di Tampin, tetapi kerana faktor masa, kami terpaksa membeli tiket ke Melaka Sentral. Kami menginap di Famosa Resort. Stesen bas Tampin lebih dekat berbanding Stesen Bas Melaka Sentral untuk ke Famosa Resort yang terletak di Simpang Empat.Setelah 2 jam perjalan, kami tiba di Melaka Sentral pada jam 12.00 tengah hari.

        Apabila tiba di Melaka Sentral, kami terpinga-pinga untuk mencari arah seterusnya. Kami tidak tahu bagaimana hendak ke Famosa Resort. Kami merehatkan diri sebentar di Melaka Sentral.Kemudian, dengan bantuan orang ramai, kami disarankan untuk menaiki bas shuttle ke Tampin.


       Bas yang kami naiki dipandu amat laju. Lebih-lebih lagi apabila memasuki kawan kampung, jalan yang berliku-liku membuat para penumpangnya tidak senang duduk. Kami berharap agar cepat tiba ke destinasi. Dengan melalui jalan kampung, perjalanan kami ke Tampin dari Melaka Sentral mengambil masa 2 jam. Huh.. Jika menaiki bas express dari Melaka, sudah tentu sampai ke Kuala Lumpur dengan masa 2 jam ini. Walaubagaimanapun, kami tetap tidak patah semangat untuk meneruskan percutian pada kali ini.

       Kemudian, kami mengambil teksi untuk ke Famosa Resort dari Stesen bas Tampin.Bas untuk ke Famosa Resort memang tidak disediakan.Bayaran yang dikenakan untuk ke Famosa Resort hanyalah RM10 untuk satu perjalanan.

         Akhirnya kami tiba di Famosa Resort pada jam 2.30 petang. Sepatutnya kami dibenarkan masuk ke bilik pada jam 4 petang. Atas budi bicara, kami dibenrkan masuk pada jam 3. Kami tidak sabar lagi untuk naik ke bilik kerana masing-masing sudah kepanatan dan ingin menguruskan diri masing-masing.

        Apabila tiba di tempat penginapan, hati kami berasa amat puas kerana keadaan dalam apartment 2 bilik itu amat selesa. Pemandangan di balkoni juga amat cantik. Perassan kami berasa amat tenang di sana apabila berada jauh dari kesibukan kota dan tiada lagi tekanan untuk menyiapakan tugasan di universiti.

Keadaan dalam apartment



Pemandangan dari balkoni dapur dan ruang tamu.

Kami mengurus diri masing-masing dan merehatkan diri sebentar untuk ke destinasi seterusnya. Ke manakah destinasinya? Tunngu......
Kami menaiki buggy ini untuk ke....

BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment