Friday, April 29, 2011

Filem : The Roomate

   
           Filem ini mengisahkan tentang Sarah yang mendapat seorang sahabat yang mempunyai perangai aneh sebagai teman sebiliknya(Rebecca). Pada mulanya, Sarah menyenagi perangai teman barunya Rebecca. Lama-kelamaan, perangai Rebecca menjadi pelik. Rebecca terlalu obses dengan Sarah. Rebecca terlalu sayangkan Sarah sehinggakan tidak membenarkan sesiapa pun berkawan rapat dengan Sarah. Sesiapa yang berkawan rapat dengan Sarah, akan mendapat habuannya oleh Rebecca. Lama kelamaan, Sarah menyedari kelainan yang ada pada diri Rebecca. Sarah mencari puncanya dan sudah tentunya persoalan tersebut terjawab di akhir cerita.

          Pada pendapat saya, plot filem ini mudah untuk diagak apa yang akan terjadi seterusnya. Filem ini sesuai untuk dijadikan tontonan ringan. Saya beri dua bintang setengah untuk filem ini.
 



Guests

Filem : Cun!!!


Selepas menonton filem ini, hati saya begitu hampa dengan jalan ceritanya yang tidak begitu mantap. Tidak berbaloi rasanya membeli tiket wayang untuk menonton filem ini. Pada awalnya, saya beranggapan filem ini menarik kerana dibintangi oleh para pelakon yang terkenal seperti Remy Ishak dan Maya Karin. Sangkaan saya meleset jauh sekali. Kualiti gambar yang ditayangkan juga tidak begitu baik. Saya merasakan seolah-olah menonton filem lama. 

                Bagi saya, gandingan Remy Ishak dengan Maya Karin tidak begitu menjadi dalam filem ini. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki lagi. Filem ini tidak mempunyai banyak perkembangan. Ia hanya tertumpu kepada kehidupan Remy Ishak di kampung yang ingin memikat Maya Karin. Kehidupan Remy Ishak di kampung bersama keluarganya dan sedikit permasalahan Maya Karin sahaja yang mewarnai  dalam filem ini. Nilai keislaman dan kemelayuan tidak begitu ditonjolkan dalam filem. Itu merupakan kelemahan yang paling utama saya lihat. 

            Saya beri dua bintang sahaja untuk filem ini..










Guests

Tuesday, April 26, 2011

Melaka (part 7) : Hari Terakhir di Melaka :-(


     Pada waktu pagi hari terakhir kami di Melaka, kami bermandi-manda pula di kolam renang yang berada di aras bawah apartment kami.
Dalam Sauna dengan kesengalan mereka... haha.
Puas mandi.. naik atas la pula..

Antara aksi-aksi yang dilakukan sebelum check out... Kenangan terakhir di Melaka!!!
candid 1

candid 2

candid 3

candid 4
    Selepas check out, kami bergerak ke Melaka Sentral untuk menaiki bas pulang ke Kuala Lumpur. Setelah mengucapkan selamat tinggal, kami berpisah dengan Najmi. 
Bas Delima
 Begitulah kesudahan percutian kami pada kali ini.

Melaka (part 6) : River Cruise Sungai Melaka!!!

     Selepas Solat Maghrib, kami pergi ke Taman Rempah untuk menaiki River Cruise. Tiket untuk seorang dewasa hanya berjumlah RM10 sahaja. Kami dibawa bersiar-siar di sepanjang Sungai Melaka selama lebih kurang 45 minit di atas 'cruise'. Apabila tiba di tempat menunggu, kami diberitahu bahawa 'cruise' yang akan tiba lebih kurang 45 minit lagi. Hal ini kerana, pada hari biasa, 'cruise' akan tiba setiap satu jam. Dengan itu, kami mengambil keputusan untuk mengisi perut kami terlebih dahulu.

Kami makan di sebuah restoran yang berhampiran dengan Taman Rempah.

Restoran Asam Pedas Apple Burger memang terbaik..
      Makanan di restoran ini sungguh sedap. Masakannya masih tersimpan di dalam ingatan kami. Jika berkesempatan untuk ke Melaka, sudah tentu kami akan makan di tempat ini lagi. Jika diberi penilaian, kami memberi empat setengah bintang kepada restoran ini. Menu 'burger'nya juga unik kerana terdapat epal di dalam makanan tersebut. Masing-masing mencuba masakan asam pedas berdasarkan pilihan ikan masing-masing.

     Selepas makan, kami tergesa-gesa ke Taman Rempah semula supaya tidak tertinggal 'cruise' pada jam 9 malam. Kami bernasib baik kerana setibanya kami di sana, 'cruise' baru hendak berlepas. Kami menikmati suasana malam yang sungguh mengasyikkan di atas 'cruise' tersebut.
Masing-masing berasa teruja.
     Persekitaran di sekitar Sungai Melaka begitu indah pada waktu malam. Kami dapat merasakan seolah-olah kami sedang menaiki gondola di Macau. 'Cruise' tersebut melalui Jonker Walk, Clock Tower, Kg. Morten,  Padang Nyiru, Kg. Jawa,Pirate Park dan akhir sekali patah balik di muara Sungai Melaka. Pemandangan di Melaka sungguh mempesonakan pada waktu malam. Kami memikirkan, adakah masih ada malam esok seperti ini?? hehe.. Pada malam tersebut merupakan malam terakhir kami berada di Melaka.


    Kg. Morten merupakan perkampungan orang Melayu. Rumah-rumah di Kg. Morten amat cantik. Pada mulanya, kami tertanya-tanya. Rumah ini berpenghunikah? Mengapa rumah ini dihias cantik sebegini rupa? Rupa-rupanya, berdasarkan informasi oleh seseorang, rumah ini memang dihuni oleh penduduk asal Kg. Morten. Kerajaan membiayai bil elektrik dan air bagi penduduk tersebut supaya penghuninya menghias rumah masing-masing sebagai aset pelancongan. Ciri-ciri tradisional masih lagi dikekalkan.'Spotlight' yang menghala ke setiap rumah di Kg. Morten akan dimatikan pada jam 12 malam. Kami berasa kagum dengan keunikan rumah tradisional yang masih dijaga rapi.

    Hampir jam 10 malam, 'cruise'  kami tiba di Taman Rempah semula.  Pada jam 10 malam, bandar Melaka sudah begitu sunyi bagi kami. Hal ini berbeza jika kami berada di Kuala Lumpur. Selepas itu, kami pulang je tempat penginapan kami untuk menunggu hari esok.

    Pada keesokan harinya pula.....
BERSAMBUNG...

Melaka (part 5) : Jelajah Bandaraya Melaka Lagi!!!


       Setelah tiba di Mahkota Parade, masing-masing merehatkan diri sebentar dengan memanjakan diri dengan berurut. Dengan menggunakan kerusi urut ini, segala keletihan kami setelah berjalan agak lama dapat diatasi. Otot kami sudah tidak berasa tegang lagi. Selepas itu, kami mengelilingi bangunan Mahkota Parade sementara menunggu waktu petang untuk menyambung penjelajahan kami di kawasan luar bandar Melaka. Antara aktiviti yang kami lakukan ialah:-
Memanah...

Bermain boling...

Makan tengah hari di KFC...

Mengelilingi Dataran Pahlawan pula..

Kota A Famosa


        Di sebelah petangnya, kami menyambung penjelajahan kami ke Kota A Famosa. Kami dapat melihat peninggalan penjajah pada masa lalu. 
Berlatar belakangkan Menara Taming Sari.
Melawat Taman Botanikal. 
Tiada yuran dikenakan untuk masuk ke taman ini.
Pemandangan yang begitu indah. Sesuai bagi mereka yang ingin beriadah di sini.
Theme Park yang baru dibuka di Melaka.


Taman Mini Malaysia.
Melawat UTEM.
Ambil angin di tepi tasik. Tempat orang berkayak.
Masjid di MITC.
Selepas Solat Maghrib, kami pergi ke.....

BERESAMBUNG

Monday, April 25, 2011

Melaka (part 4) : Jelajah Bandaraya Melaka


     Pada jam 8.30 pagi, kami telah bersedia untuk meneruskan agenda kami pada hari kedua di Melaka. Kami menaiki kereta 'UNSER' yang dipandu oleh Najmi untuk ke bandar Melaka. Perjalanan dari Alor Gajah ke bandar Melaka mengambil masa lebih kurang 35 minit.Sebelum ke bandar Melaka, kami dibawa oleh Najmi ke sebuah warung yang berhampiran dengan rumahnya untuk bersarapan.
Makanan di warung ini sungguh enak.

Di kediaman rumah Najmi.

Di belakang Sungai Melaka



      
     Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke bandar Melaka.
Melawat Muzium Kastam


Patung lucah yang dirampas oleh pihak kastam. Nampak macam 'real'. 
Beca sebagai ikon negeri Melaka.
Kincir air di Sungai Melaka.

Kota Melaka.

Meriam. 

tak tahu apa nama bangunan ni.. hehe.
PELANDUK. Asal usul nama Melaka ada kena mengena dengan binatang ni. Sila rujuk buku Sejarah.

Penanda Arah ke seluruh pelosok dunia.

Bangunan Stadhuys

Freestyle...  
      Kami berjalan dari satu tempat ke satu tempat hanya dengan berjalan kaki. Banyak tempat yang menarik di sekitar kawasan Bandar Melaka ini. Kami begitu terpesona dengan keunikan negeri Melaka sehingga tidak sedar matahari sudah terpacak di atas kepala. Cuaca yang sangat panas membataskan pergerakan kami. Dengan itu, kami mengambil keputusan untuk mengelilingi Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade pula sementara tunggu waktu petang untuk menyambung penjelajahan sekitar bandaraya Melaka. Hal ini kerana bangunan Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade mempunyai pendingin hawa yang menyegarkan. Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade berada betul-betul di tengah bandar Melaka.
Nantikan pula penjelajahan kami ke Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade pula..
BERSAMBUNG...